assalamualaikum guys. =)
lama dah x bukak blog ni.
dah bersawang dah pun.
insyaallah tidak lama lagi result upu untuk menyambung degree akan di keluarkan. kurang lebih sebulan. entah mcm mna terdetik hati nk berckp psl dhuha sbb teringt kan seorng kwan masa di tgb dlu. dia selalu ajak sy pi surau waktu rehat untuk buat solat sunat dhuha. alasan nye mudah2an nnti dpt isteri cantik dan solehah. muehehe..
waktu 2 baru nk bljr lah buat... tp skrg nk sy nk share fakta2 solat sunat dhuha. ok jom!
dalil bahawa Rasulallah s.a.w. menggalakkan melakukan solat sunat dhuha:
1) dari Abu hurairah r.a., katanya: "Sahabatku (iaitu Rasulallah.s.a.w.) berwasiat kepadaku tiga perkara:
- puasa tiga hari setiap bulan
- shalat dhuha dua rakaat
- shalat witir sebelum tidur
2) dari Abu Darda' r.a., katanya: "Sahabatku yang tercinta (Rasulallah.s.a.w.) mewasiatkan kepadaku tiga macam amal yang tidak pernah ditinggalkan selama hidupku:
- puasa tiga hari setiap bulan
- shalat dhuha
- shalat witir sebelum tidur
waktu:
waktunya ialah selepas waktu syuruk sehingga tegak dan tergelincir matahari sebelum masuk waktu solat fardhu zohor. (sekitar jam 8 pagi).
atau pengiraan secara astronomi nya:
waktu dhuha = waktu syuruk + 1/3 (waktu syuruk- waktu subuh)
sumber: pejabat mufti negeri serawak.
rakaat:
dari Mu'adzah r.a., dia bertanya keada 'Aisyah r.a., kata nya: "berapa rakaat Rasulaalh s.a.w shalat dhuha?" jawab 'Aisyah, "empat, dan sesudah itu beliau tambah beberapa disanggupi nya." (shahih muslim no. 683)
paling sedikit dua rakaat dan yang paling sempurna lapan rakaat. namun boleh empat rakaat atau enam rakaat. (syarah an nawawi 2, 369).
cara:
1) niat:
" sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala."
2) pada rakaat pertama selepas membaca surah al-Fatihah ialah surah ad-Dhuha atau ayat Kursi.
3) pada rakaat kedua selepas al-Fatihah ialah surah al-Kafirun atau surah al-Ikhlas.
4) bertasbih.
5) doa yang disarankan:
" Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha adalah waktu Dhuha-Mu, cahayanya adalah cahaya-Mu, keindahannya adalah keindahan-Mu, kekuatannya adalah kekuatan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya kepadaku, jika adanya di bumi maka keluarkannya, jika adanya jauh maka dekati aku, jika adanya hampir maka mudahkanya padaku dengan kebenaran Dhuha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan kesucian-Mu. Berikan kepadaku sebagaimana engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."
ingin disentuh sedikit berkenaan surah yang dibaca. pada kedua-dua rakaat selepas membaca al-Fatihah.
ada yg berbeza pendapat berkenaan surah yang dibaca tersebut. ada yang mengatakan perlu diulang beberapa kali dan menggunakan surah yang lebih panjang.
pada pendapat sy, terpulang kepada individu tersebut. jika mampu, blh lah membaca surah yang lebih panjang dan diulang beberapa kali terpulang kepada kemampuan setiap individu. jika ada pendapat lain silalah rakan2 yg bijak pandai kemukakan ok. kita sama-sama belajar..
bagi saya, apa yang paling best adalah doa solat Dhuha. indah sekali perasaan membacanya setiap kali. tak tahu lah kenapa. jikalau kita lihat maksud doa itu sahaja pun dah mcm rasa besar sekali kuasa Allah azza wajalla.mgkin itu adalah antara nikmat nya..
"Ya Allah jadikan aku dan zuriatku, orang yang menunaikan solat"
oh btw, teringat pula ada satu nasyid pasal doa dhuha ni yang selalu main dekat ikim.fm. sangat membantu bagi mereka yang nak menghafal doa ni. sedap. enjoy ok!
p/s: semua sumber shahih muslim drpd page ini dirujuk pada kitab terjemahan hadis shahih muslim, jilid 2, diterjermah oleh Ma'mur Daud, pentashih: Syekh H. Abd. Syukur Rahimy, cetakan 2003.
